Tuesday, February 1, 2011

Renungan bagi remaja (muslimin dan muslimah) dikasihi Allah..

SAHABAT SEKALIAN ,, CINTA YANG PASTI ADALAH CINTA ALLAH..

     

Remaja pada masa kini terlalu ramai yang bercinta. Remaja lah juga yang selalu dikaitkan dengan percintaan. Kini percintaan remaja semakin moden. Tak macam zaman ibu bapa kita dan nenek2 kita dahulu. Mungkin mereka bercinta kerana dijodohkan ibubapa. berkenalan pun masa bertunang mungkin. Kita remaja?? Tak sah bercinta kalau sms tak selalu,berutus surat, berjumpa melepaskan rindu, bual2 kosong di telefon.. Huh!! fikir2lah.. lama2 bila nafsu tak dapt dikawal , apa terjadi?? Belum tentu lagi kita akan berkahwin dengannya.. manatau, ketika kamu bercinta lelaki ataupun perempuan itu dicabut nyawanya?? Adakah kamu masih bisa bersama mereka? Mesti bersedihkan??  

Remaja.. Cinta yang diimpikan pada masa remaja cuma fatarmogana yang tidak kekal. Cuma mainan remaa yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik BANI ADAM untuk bersamanya di neraka.

 Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesunguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu perbuatan yang jahat(yang membawa kerosakan).



MENGAPA ALLAH BERKATA JANGAN KAMU MENDEKATI ZINA??

Ini kerana dalam islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu haram!! Apatah lagi berzina.. Asyik daripada menelefon kekasih akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dengannya dan ke kegiatan2 seterusnya.. Mungkin berpegan tangan,, digenggam tangan kekasihnya hanya kerana memuaskan nafsu,kan haram?? Dosa jak kita dapat tu.. besar lagi.. ketawa betul syaitan tengok pasangan yang tengah berasmara tu,  Kenapa? sebab dosa yang kita dapt. Bila menjadi-jadi, suka lah syaitan yang menyesatkan kita tu.

Allah kan telah berjanji.. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.. 
Ini peringatan untuk sohabat dan sohabiyah sekalian.. Dan juga diri yang selalu melakukan kesalahan ini.
tidak perlulah bercinta. Okey?? Jangan marah ya bagi orang yang tengah bercinta tu, saya cuma beri peringatan kepada kawan-kawan.. :) . K, relaks ya.. Terpulanglah pada kamu nak teruskan atau tak.. nak tambah dosa atau nak kurangkannya.. K?? Ok bha kan?? hehe.. walaupun saya masih muda untuk berkata tentang ini, saya dapat ilmu tentang ini daripada ummi dan abah saya dan senior2 sy di sana.. Renungkan  ya?? 

"LA TAQRABUL ZINA"

Sama2 lah kita jauhkan diri daripada zina.Baik kita cinta Allah, Rasulullah dan ibubapa kita. Cinta kamu kepada Allah pun belum cukup, takkanlah nah bercinta kan?. Hati  adalah raja segala badan.. Remember it.. k. :)))
                                                                     


SAHABAT2KU.... TUTUPLAH KEAIBAN SESEORANG ITU..


                                                                                        "Dan siapa yang menutup keaiban seeorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong hambanya yang selama ini menolong saudaranya."
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

                                                       

Ni pun selalu kan berlaku? mungkin bukan dalam golongan kita jak, tpi yang dewasa pun ada tau. tpi mungkin penting bagi kita juga kan kawan2??  
Adakan hadis yang telah kamu lihat yang sya telah warnakan biru dan dalam gambar tu pun ada jugak.. biru jugak kaler dia.. kan2??
 Ia menyeru kita memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan akhirat. Subhanallah!! Masihkah kita ingin membuka aib orang lain sedangkan aib kita pun akan dibuka olehNya?? Apa perasaan kamu ketika itu?? Malu kan?? Tapi, tak kmu malu ka buka aib orang lain?? Free2 orang tau yang kamu akan dapat dosa, yang mendengar tu pun sama juga berdosa.. Astaghfirullah.. 

Apabila Allah menutup keaiban kita, jangan lah pula kita  yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi2 kita, janganlah pula diceritakan kepada orag lain ya?? 

Contohnya.. Kalau seseorang itu berbau yang kurang menyenangkan , jangan ketawakannya. sebaiknya tegurlah dia. Bukan menambahkan dosa kita lagi. Jadi, diam sahajalah.. tak da guna tau kita buka2 aib orang ni.. 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA ia berkata,"aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuno dosa-dosanya kecuali orang yang terang-terangan(berbuat dosa).  Di antara orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa , kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam., padahal Allah telah menutup aibnya. Ia berkata "wahai fulan, aku telah berbuat ini dan itu. " Sebenarnya pada waktu amlam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justeru aibnya dibukanya sendiri yang telah ditututupi Allah." 
(Muttafaqun 'alaih HR Bukhari dan Muslim)

Ingatlah, Allah sentiasa menginginkan kebaikan daripada kita. Kamu pun tahu kan?? takkan Allah nak kita buat jahat?? Allah sayang sungguh pada kita. Allah sentiasa memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Allah Maha Pengampun.. Renungkan ya?? Muhasabah diri kita bersama.. 


OHH SAHABAT.. BERSIKAP REDHA DAN IKHLASLAH KITA ..

Siapa mahu tahu?? sifat redha dan ikhlas ni kan, sifat makrifah dan mahabbah diri kepada Allah. Kita masuk bab redha dulu lah ya?? 

Redha ni kan maksudnya adalah???.....menerima dengan rasa senang apa yan diberikan oleh Allah s.w.t, baik berupa peraturan, hukum ataupun qada' atau sesuatu yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita mesti bersikap redha tau.. jangan tak redha pula.. murka Allah nanti.. 

Kita mesti redha menerima  hukum Allah.., ia merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah kerana menerima peraturan2 dengan senang hati ataupun tidak merasa terpaksa atau dipaksa. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan alangkah baiknya jika mereka  redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata " Cukuplah Allah bagi kami, Ia dan Rasulnya akan beri  pada kami kurniaNya, sesungguhnya pada Allah kami menuju." 
(Surah at-Taubah:59)

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura2..Demikianlah antara perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah swt, yang mna hati yang redha adalh buah daripada kemurniaan iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Erm.. Kini kita cakap pasal  Redha terhadap Qada'  k..
Redha terhadap Qada' ni kan mksudnya merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah SWT, baik merupa nikmat ataupum musibah. Di dalam hadis menyatakan bahawa diantara oran yang pertama memasuki syurga adalah mereka yang suka memuji Allah iaitu mereka memuji Allah( Bertahmid) baik dalam keadaan susah mahupun senang. k lah habis tentang redha,,, pasni ikhlas pula ya??

 

Ikhlas pula.. 

Sifat ikhlas pula.. ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yan dilakukan semata2 kerana Allah, dan diqasadkan untuk menjunjun perintah semata-mata kerana Allah s.w.t serta membersihkan hati dari dosa riya', ujub atau inginkan pujian manusia..  
 k.. jangan buat sesuatu kerana minta pujian, itu.. ini ka.. lakukannya dengan hati yang ikhlas ya.. ingat tu.. 




1 comment: